Gambar | Selfie Merdeka Paling Win

Candid Merdeka RISDA

Candid Merdeka RISDA
Candid Merdeka RISDA khusus untuk warga RISDA

Agaknya ada yang suka bergambar? Ada yang suka selfie? Atau ada yang sporting nak buat pelbagai aksi gaya spontan untuk tatapan semua. RISDA SEMALAYSIA kini membuka peluang khusus untuk warga kerja RISDA atau anak syarikat (SMR) RISDA, untuk menyertai selfie paling win sempena Hari Kemerdekaan bakal tiba tak lama lagi. Rasanya pertama kali dianjurkan pertandingan sebegini.

Hadiah Ditawarkan Lumayan

WhatsApp-Image-20160810

Ini semua bagi menghargai kakitangan RISDA dalam menjalankan tugas seharian dan rata-rata kepada mereka yang suka berselfie. Hadiah yang ditawarkan memang menarik, rasanya lepas kalau korang nak beli kamera sony harga RM300++ tuk koleksi peribadi, jadinya kenalah usaha sikit. Hadiah utama wang tunai RM1000 memang jadi rebutanlah untuk dimenangi.

Cara Nak Menyertai & Syarat-Syarat Pertandingan

  • Terbuka kepada seluruh warga RISDA dan SMR seluruh Malaysia
  • Setiap peserta melayakkan hantar 1 penyertaan sahaja
  • Peserta perlu memuatnaik gambar kreatif dengan caption menarik.
  • Gambar candid perlu bertemakan semangat patriotik dan memaparkan gelagat menyambut kemerdekaan dengan menggunakan ungkapan yang menarik.
  • Hanya gambar terkini yang diterima bagi setiap penyertaan
  • Bebas menggunakan apa sahaja kamera termasuk selfie/wefie kecuali melibatkan studio shooting/green screen background/ instant kiosk. 
  • Sertakan bersama maklumat yang diperlukan seperti Nama/ Pusat Tanggungjawab / Lokasi / Caption dan dihantarkan terus kepada candidmerdeka@gmail.com
  • Rujuk : www.candidkemerdekaan.blogspot.my untuk update terkini.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH 2 SEPTEMBER 2016

8 Replies to “Gambar | Selfie Merdeka Paling Win

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge