Ghostbusters? best ke ? seram tak ? rasanya jawapan ni patut pada mereka yang dah tonton Ghostbuster di pawagam, atau peminat setia Ghostbusters. Nak tahu? sila lah baca sampai habis. Baru-baru ni Cikza dan Geng KBBA9 telah berpeluang nak merasa sendiri keseraman yang ada di Scream Park, Sunway Lagoon. Bila masuk je di kawasan Sunway Lagoon memang teruja tu ada, almaklum lama dah tak masuk, kali terakhir masuk Sunway Lagoon pun, waktu zaman muda remaja baru nak belajar bercinta kekononnya tahun 2004. Tapi terima kasih kepada sunway lagoon sebab beri peluang untuk Cikza dan ahli geng KBBA9 merasai tarikan terbaru di sini.

13754093_306998256310090_3609698706368787733_n
Ghostbusters Scream Park | Aksi Lucah Ghostbusters

Pertama yang Cikza nak tanya? Seram sangat ke? tengok dari luar, semuanya ada, kekonon gimik ada kereta bagai macam dalam real filem, dan rupanya Cikza belom menonton lagi filem ni (Sekarang jugak! Cikza beli tiket online). Tapi yang tak diduga semuanya heroin perempuan.

“Hantu Ghostbusters” Berkeliaran Di Sunway Lagoon

Geng-Geng Blogger Yang Terlibat
Geng-Geng Blogger Yang Terlibat

Sunway Lagoon meneruskan kolobrasi bersama Lynton V Harris  & The Sudden Impact bertanggungjawab membawa fenomena tarikan terbaru ke Malaysia. Dalam masa 15 minit perjalanan ngeri dan  seram tapi manghiburkan, itulah tarikan utama Scream Park yang bertemakan Ghostbusters. Jika korang terfikir nak merasa pengalaman tersebut, satu perkara yang perlu korang take note, hantu-hantu disitu takkan sentuh korang jika korang tidak menyentuh hantu tersebut. ( kalau tak percaya sila lah sentuh )

20160723_112624
Pengembaraan Bermula | Hantu Ghostbusters Berkeliaran Di Sunway Lagoon
20160723_113043
Lorong Masa Yang Wajib Di lalui. Hati kena kental | Hantu Ghostbusters Berkeliaran Di Sunway Lagoon
20160723_114250
Korang Wajib Jumpa Hantu Ni, Jangan Lupa Sampaikan Salam dari Cikza.com | Hantu-Hantu Berkeliaran DI Sunway Lagoon
Cuba Teka Apa Yang Korang Nampak ? | Hantu-Hantu Ghostbusters Berkeliaran Di Sunway Lagoon
Cuba Teka Apa Yang Korang Nampak ? | Hantu-Hantu Ghostbusters Berkeliaran Di Sunway Lagoon
Waktu Kat SIni, Bulu Tengkuk Cikza Memang Dah Naik | Hantu-Hantu Ghostbusters Berkeliaran Di Sunway Lagoon
Waktu Kat Sini, Bulu Tengkuk Cikza Memang Dah Naik | Hantu-Hantu Ghostbusters Berkeliaran Di Sunway Lagoon
20160723_114837
Aksi Geng KBBA9 Yang Terkejut Bila Di Sambar Hantu Ghostbusters | Hantu-Hantu Ghostbusters Berkeliaran Di Sunway Lagoon
13692576_307013866308529_5182323092177125613_n
Bila Tengah Sesedap Selfie, Muncul Pulak Jejaka Tampan Di Belakang, Terkucil Kalau Tak Tahan | Hantu-Hantu Ghostbusters Berkeliaran Di Sunway Lagoon
20160723_115322
Rasa-Rasa Ruangan Ni Ada Kejutan Tak? |Hantu-Hantu Ghostbuster Berkeliaran Di Sunway Lagoon

Selebihnya korang sendiri cubalah rasa pengalaman tu, banyak lagi scene-scene yang ngeri wajib korang p rasa sendiri. Sebab dalam tu, sampai hilang suara dah Cikza duk jerit takut, terkejut, tertanya tapi menghiburkan. ( Suara Ibarat Aset Tak Ternilai Tau) Yang pasti kalau Cikza cerita lelebih nanti takda kejutan, better korang pergi sendiri. 

Jom Layan Video Preview Ghostbusters Adventures

Terima kasih kepada pihak Sunway Lagoon Malaysia, kerana sudi jemput Cikza untuk menyertai dan merasai pengalaman ngeri tapi menghiburkan di sini. Alangkah bagus jika dapat bawa famili bersama sekali untuk merasai sendiri pengalaman tersebut. Rasanya tak rugi masa untuk berhabis seharian disini. ada macam-macam tempat yang wajib korang pergi. Teringat lah anak kecil kat rumah tu, next time nak pergi lagi, sebab ada Wild Life Park.

12 thoughts on “Aksi “Hantu Ghostbusters” Berkeliaran Di Sunway Lagoon”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge