Keladi Masak Asam Rebus | Cikza baru pertama kali mencuba masak resepi ni, sebab ini kebiasaan jarang di masak bila kat rumah, selalu beli sahaja siap terus makan. tapi rupanya penyediaan tak lah begitu merumitkan. Yang pasti pada yang tak biasa memang sangat susah nak menyediakan. Keladi masak asam rebus ni juga resepi dari mama Cikza sendiri tau.

Keladi Masak Asam Rebus - Dari Dapur Cikza
Keladi Masak Asam Rebus – Dari Dapur Cikza

Keladi Masak Asam Rebus

Bahan-Bahan

  • Batang Keladi / Keladi ( direbus dahulu untuk buang miang/gatal keladi)

Bahan – Bahan ( Kisar Halus )

  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili merah
  • ikan bilis ( sedikit )
  • sedikit air

Bahan- Bahan Lain

  • Sedikit Garam
  • Sedikit Kunyit
  • 2 cawan air asam jawa

Cara Penyediaan

  • Batang keladi/keladi yang telah di rebus, toskan air dan masuk dalam periuk lain.
  • Masukkan bahan kisar bersama, garam,kunyit dan air asam jawa tadi, gaul rata.
  • Panaskan api, kacau sehingga masak. biarkan selama 5 minit dalam api yang sederhana terus boleh dihidangkan.

Tip Memasak

Kenapa Batang Keladi Wajib Di Rebus Dahulu ? | Keladi terkenal dengan sifat gatal, jika terkena lendir sekalipun, tak sedap pulak nanti bila makan tanpa buang lendir-lendir gatal terus tekak menjadi gatal. so cara terbaik adalah rebus dahulu bagi buang segala lendir-lendir gatal, dan toskan.

10 thoughts on “Resepi Keladi Masak Asam Rebus”

    1. Batang keladi belom rebus jadi keras2 sikit, 1st didihkan air dulu tau baru masukkan batang keladi tu, bila anggaran dah 15 minit cuba tekan batang keladi ngan sudu, agak2 lembut biarkan kejap lagi 5 minit, then masa lendir2 gatal tu keluar bila dalam tengah masak, bila dah lembut terus toskan ngan tapis, biar air2 dr batangbkeladi keluar… pastu baru mula buat kuah pulak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge