Bagus Sangat Ke Perkhidmatan Zalora | Tajuk memang sangat gah! tapi benarkah ianya memberikan perkhidmatan yang terbaik selain jenama pembelian online yang lain. Bukannya apa, Cikza kalau boleh nak cari yang terbaik, dan mudah berurusan.  Tapi kalini adalah untuk pertama kali Cikza sendiri berurusan dengan Zalora, kebiasaan akan melakukan transaksi di jenama pembelian yang terkenal lain.

Zalora Jenama Pembelian Online Terkenal Di Malaysia
Zalora Jenama Pembelian Online Terkenal Di Malaysia

Pembelian Melalui Online | Cikza akui kini semuanya di hujung jari, tanpa perlu beratur panjang untuk mendapatkan apa yang diidakan di hati, termasuk ianya murah dan penghantaran pun agak pantas jika di bandingkan dengan yang lain. Jenama ni bukannya masyur di Malaysia bahkan di seluruh negara. Tapi harini Cikza nak kongsikan pengalaman pembelian pertama bersama Zalora.

Parcel Pertama Dari Zalora - Zalora Jenama Pembelian Online Terkenal Di Malaysia
Parcel Pertama Dari Zalora – Zalora Jenama Pembelian Online Terkenal Di Malaysia

Parcel Pertama Yang Diterima | Mendapat parcel pertama adalah sesuatu yang mengujakan, tapi peratus dalam diri sangatlah risau, mana tahu barang yang di beli tak sama dengan yang nyata, dan satu lagi barang tersebut dalam keadaan rosak. Pernah Cikza terbaca tentang pengalaman pelanggan lain membeli dengan Zalora dan jenama yang lain. Semuanya negatif dan ada beberapa yang positif. Tapi itu tak pernah mematahkan semangat Cikza untuk melakukan transaksi pembelian.

Pembungkusan Yang Kemas - Zalora Jenama Pembelian Online Terkenal Di Malaysia
Pembungkusan Yang Kemas – Zalora Jenama Pembelian Online Terkenal Di Malaysia

Pembungkusan Sangat Kemas Dan Teliti | Ini yang sangat dititikberatkan selain dari penghantaran yang sangat pantas, bukannya apa, barang yang dibungkus sangat pack, walaupun kemas kita tak tahu apa yang terkandung samada ada kerosakan pada barang ataupun tidak disebalik lindungan tersebut. Memang serius pada awal Cikza dah fikir bukan-bukan sebab risau.

Beg Tangan Merah Simple - Zalora Jenama Pembelian Online Terkenal Di Malaysia
Beg Tangan Merah Simple – Zalora Jenama Pembelian Online Terkenal Di Malaysia

Barang Sangat Menepati Apa Yang Di Tempah | Alhamdulillah, tak sia-sia mendapat voucher dari Zalora untuk di redeem buat kali pertamanya. Tapi yang sangat kecewa bila ada satu lagi barang yang “out of stock’ , jangan risau beg ni lah dapat mengubat hati duka lara. Lagi pulak ini lah beg yang sangat Cikza idamkan boleh simpan macam-macam “sampah” dalam tu. Almaklum kaum perempuan pepahamlah ye.

Bagus Sangat Ke Perkhidmatan Zalora?

Resit Pemulangan Turut Disediakan - Zalora Jenama Pembelian Online Terkenal Di Malaysia
Resit Pemulangan Turut Disediakan – Zalora Jenama Pembelian Online Terkenal Di Malaysia

Penyediaan Resit Pengeposan Penukaran/ Pemulangan | Yang ini Cikza sangat puji. Sebab semua detail telah disediakan mengikut apa yang kita perlukan, dari alamat dan sebagainya. Jarang kita melihat servis sebegini pada pembelian online yang lain. Jadi tak sia-sia lah rasanya berbelanja sambil redeem voucher di Zalora. Banyak barangan lain yang boleh korang dapatkan di Zalora ni. antaranya produk Reebok yang kini menjadi bualan hangat. Jom dapatkan produk Reebok yang super duper cun.  Cikza dah dapat beg tangan untuk raya, korang bila lagi.

7 thoughts on “Bagus ke Perkhidmatan Zalora?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge