Ayam Masak Kicap Menjadi Pilihan Ketika Sahur

Ayam Masak Kicap | Penyediaan memang mudah, cuma berbeza cara memasak, sesetengah ada yang memerlukan rempah ratus, sesetengah ada yang mencampak apa yang ada, bila dah di beri dapur, so ini lah masanya nak berperang dengan periuk belanga.

Ayam Masak Kicap - Juadah Sahur
Ayam Masak Kicap – Juadah Sahur

Resepi Ayam Masak Kicap

Bahan A ( Digoreng  Separuh Masak )

  • Ayam / Isi Ayam – ( Anggaran ikut suka korang )
  • Kunyit
  • Garam

Bahan B

  • 2 ulas bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inchi halia
  • Rempah tumis ( kulit kayu manis / bunga lawang / bunga cengkih / buah pelaga )
  • Kicap
  • Sedikit garam
  • Minyak
  • Air asam jawa 1/3 gelas

Sampingan

  • Cili Hijau – 4 tangkai di potong dua

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak,  tumiskan hirisan bawang besar/bawang putih/ halia / rempah ratus sehingga kekuningan, selepas tu masukkan kicap mengikut kesesuaian korang, samada nak letak lebih atau kurang.
  2. Masukkan sedikit air asam jawa, untuk mendapatkan kuah. Seterusnya masukkan ayam dan gaul rata, biarkans selama 4 minit,
  3. Akhir sekali taburkan cili hijau tadi dan biarkan seminit sebelum di hidang.

Sedia Untuk Dihidang | Versi Cikza adalah sangat simple dan campak-campak style, tanpa perlu meremehkan keadaan, lagi pula sangat simple dan mudah untuk disediakan, kalau ikut anggaran masa, cuma mengambil masa 30 minit sahaja penyediaanya.

 

6 thoughts on “Ayam Masak Kicap Menjadi Pilihan Ketika Sahur”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge