5 Perkara Untuk Kekal Menjadi Awet Muda

Anugerah Ratu Kurus Sehari | Terbahak gelak bila baca entri Shiqeen Sattar pasal Siapa Ratu Siapa Raja KBBA9Selama ni memang Cikza selalu dinobatkan ratu gedik, ratu airmata, ratu mengada-ngada. Tapi tak sangkan kalini dapat anugerah ratu terbaru, Ratu Kurus Sehari, kau hado! Tepuk dahi kejap. Semuanya berpunca dari Photoshoot KBBA9 Raya tempoh hari. Almaklum waktu tu semunya di sponsor dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Ratu Kurus Sehari - Sumber Blog Shiqeen Sattar
Ratu Kurus Sehari – Sumber Blog Shiqeen Sattar

Terasa Diri Sangat Gojes | Memang betul, waktu ni terasa diri ni seakan model pakaian size XXL pulak, walhal nampak sentiasa kurus, yang penting bak kata SS adalah keyakinan dalam berpenampilan dan keyakinan ketika menonjolkan diri. Itu adalah point sebenarnya. Cikza bukan minta untuk jadi famous tapi cukuplah ianya dikenali segelintir sahaja. Tapi semua orang tak percaya usia Cikza sekarang yang telah menjangkau 30an, tapi seakan 20an. Sebenarnya Cikza ni bukanlah seorang yang amat rajin nak ke spa-spa atau buat urutan manja. Tapi biasa-biasa aje.

5 Perkara Untuk Kekal Menjadi Ratu Awet Muda

  1. Sentiasa berfikiran positif dalam melakukan setiap perkara yang diingini supa lebih nampak yakin ketika melangkah melakukan sesuatu urusan kehidupan seharian
  2. Sentiasa senyum kerana amalan sedekah senyuman itu dapat memberi impak positif pada otot-otot bibir dan muka supaya tidak nampak berkedut.
  3. Sentiasa mengamalkan minum air putih 8 gelas sehari, itu yang wajib dalam membuang toksin dalam badan
  4. Air wudhuk adalah pencuci muka yang sesuai sebenarnya dalam mengekalkan kecantikan pada wajah kita dalam untuk kita mengerjakan solat 5 waktu
  5. Sentiasalah berzikir, membaca surah penerang hati dan al quran agar lebih tenang dari dalam jiwa, kerana hati yang bersih mencerminkan wajah kita yang sebenar.

Perkongsian Untuk Kekal Menjadi Ratu Awet Muda | Itulah perkongsian yang Cikza rasa perlu untuk panduan kita semua, kerana pada pendapat Cikza, semuanya bermula dari hati. Jika kotor hatinya maka tercemarlah wajahnya, dan jika bersih hatinya, maka tenaglah kalian melihat wajahnya.

4 thoughts on “5 Perkara Untuk Kekal Menjadi Awet Muda”

Leave a Reply to cikzacom Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge