Monopod Vs Periuk Stainless Steel, tambahan baru Permaidani Ruang Tamu,  Cik Za rasa, jari ni tak berdisiplin langsung sebab katanya gaji dah masuk, so ada je yang nak membeli. Zaman sekarang ni, semuanya mudah, even nak shopping pun semuanya di hujung jari, sambil baring pun boleh sempat lagi shopping tau.  Dalam scroll komen tu, terbaca satu komen menarik minat untuk berkongsi dengan semua, Panduan Pembelian Online Lazada

Bagi yang tidak pernah menggunakan perkhidmatan pembelian online menerusi Lazada, harini cik za terasa nak berkongsi cara-cara nak lakukan pembelian menerusi Lazada. Sememangnya umum kita mngetahui yang pembelian kat lazada ni sememangnya menjimatkan masa dan boleh dilakukan di mana sahaja. 
 Sila bukak Link — > Lazada Malaysia 
Memang jari dan mata tu wajib bersiap sedia kekonon nak berperang dengan barang-barang kat Lazada ni. 
Klik pada butang — > Daftar 
( itu bagi mereka yang menggunakan pertama kali ) 
Isi pada borang penghantaran pesanan yang dikhendaki, 
Nak lagi mudah just Log in Via Facebook atau email lagi mudah ) 

Bagi mereka, yang dah tersedia ada akaun bersama Lazada, cuma tekan — > Login sahaja 
Rasa-rasa kalau dah puas buat pilihan, dan ada yang berkenan, silalah 
Klik —- >  Beli Sekarang 

Dah buat pilihan, terus isi form alamat penghantaran, pastikan ianya terisi. 

Lepas dah isi borang penghantaran, terus ke pembayaran, buat pilihan 
samada nak buat bayaran sewaktu penghantaran dilakukan atau melalui Debit kad,
 ( dinasihatkan buat bayaran ketika barang diterima ) Pastikan item yang dipilih dan harga yang dipaparkan sama dengan yang kita lihat. Bila semuanya selesai terus ke peringkat seterusnya. 

Tahniah! item order dah masuk listing penghantaran. so kiranya bolehlah korang malukut tepi pintu pejabat atau rumah tunggu barang korang sampai. 
Nampak tak gambar yang terakhir tu dinyatakan cik za dah mula terjebak membeli periuk pulak, Murah tau RM11.00 je tau.  Mesti bangga sangat mak cik za, samada suka atau cikza wajib tadah telinga sahaja, almaklum katanya membazir. tapi bagi cik za kalau nk beli tu, wajib nilai dulu samada itu satu keperluan atau tidak. Diharapkan lah entri ni dapat membantu korang yang tak berapa mahir nak lakukan pembelian online Lazada. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge