Lazada? ada apa dekat Lazada tu? Hebat sangatke Lazada tu? Popular sangat ke Lazada tu? Banyak sangat persoalan yang bermain difikiran. Lazada tu dah terkenal tau, Laman web beli belah online yang paling Popular,  jangan kata kat malaysia je, kat Oversea pun senang cerita dah popular serata negara dah. Zaman sekarang ni, semuanya mudah, even nak shopping pun semuanya di hujung jari, sambil baring pun boleh sempat lagi shopping tau. 

Dalam keseronokkan berbelanja tu, jangan terlalu sakan sangat, cuma beli barang yang perlu sahaja. Sekarang ni pun amatlah mudah, Lazada ada menyediakan cara pembayaran jika parcel tu dah sampai ke tangan kita. Tapi tak semua barang yang terlibat, hanya segelintir sahaja. Dalam membeli tu jangan fokus kepada satu barang sahaja, tapi barang yang sama, harga berbeza, boleh dapat lagi murah mengikut kesesuaian budget yang di perlukan. 
Cik za adalah penggemar tegar membeli barang secara online, tapi dengan Lazada ni, masuk yang kali kedua, Pengalaman cik za sendiri bandingkan harga sebenar, memang jauh berbeza. Baru-baru ni 2 hari lepas, Cik za ada membuat pembelian secara online barang di Lazada, pada awalan sangat teruja harga yang diberikan, Pada Page yang dipaparkan barang yang cik za perlukan adalah Monopod beserta Bluetooth shutter, harga yang pada mula-mula cik za lihat adalah RM49.00, tapi istiqamah dalam keghairahan melihat, dapatlah Monopod yang bersesesuaian mengikut budget yang cik za berkehendaki tu, cuma RM24.90 sahaja. Free Penghantaran. 
Nampak tak disitu? one set tu murah sangat tau, kalau ikut pasaran RM15.00 untuk sebatang monopod sahaja tau, ntah rupanya lagi murah. tapi dah kira syukur lah ada yang bersesuaian. Dugaan nya bila kawan-kawan duk perli, harga murah tu, barang tu ada jaminan ke? harga murah tu mesti barang cepat rosak. Apa yang penting cik za pekakkan telinga, sebab duit cik za yang bayar, bukan dieorang pun. So alhamdulillah katanya penghantaran adalah 24 / 3 / 2016,Cik za buat pembelian pada 22/3/2016 jam 8.30 pagi, namun terkejutnya bila tak sampai hari yang sepatutnya delivery barang tersebut dah sampai pada 23/3/2016 jam 8.45 pagi, aduh macam tak sampai 24 jam je buat pembelian. 
Kecewanya hati bila $$$ melayang sebelum gaji masuk, huu syahdu habis! Namun kepantasan yang Lazada berikan harus dikekalkan, jika dulu ramai yang tahu buat aduan tentang penghantaran lewat ke destinasi. Namun kini, Lazada telah memperbaiki mutu servis tersebut. memang sangat terbaik. Terima kasih pihak Lazada atas barang yang diberikan. Servis pantas ni, memang wajiblah dikekalkan dan di perbaiki dari semasa ke semasa jika ada kekurangan boleh ditingkatkan servis yang kurang tu. 
Dengan ini, cikza memang syorkan kepada mereka yang kaki shopping online macam cik za yang ” Pantang Nampak”silalah berbelanja di LAZADA kerana semuanya di hujung jari. Kalau terasa nak cari barang tu, moh singgah ke —– > LAZADA MALAYSIA 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge