Review Filem : The Boy 2016 – Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog aku yang pinky minky ni. Untuk harini barulah aku sempat update beberapa entry yang dah berlapok dalam draft, apepun kita mulakan dengan cerite seram yang sekarang tengah famous amous ni. The Boy 2016 yang kini telah pun terjah panggung pada 22 Januari 2016 lalu. Mesti ramai peminat seram yang terjah panggung. 

Trailer The Boy 

Sinopsis The Boy (2016)

The Boy (2016) adalah karya sutradara William Brent Bell, Mengisahkan kepada Greta ( Lauren Cohan ) seorang wanita muda yang melarikan daripada bekas suami dan dalam masa yang sama dilantik sebagai pengasuh anak kepada Keluarga Heelshire, Brahmsy. Pada mulanya, Greta berasa terkejut kerana pekerjaan yang ditawarkan adalah sebagai pengasuh anak kecil, tapi sebenarnya dalah kepada sebuah boneka, Pada awalnya ianya menganggap ianya satu gurauan. Dan pada satu saat Pasangan Heelshire pergi bercuti, maka pelbagai  peristiwa aneh berlaku, Dapatkah Greta mengatasi peristiwa aneh dan menyeramkan penuh tanda tanya….( Korang tengok sendiri )

Review Secara Peribadi 
  • Unsur Seram – Cerita ni, penuh dengan unsur seram dengan renungan tajam patung tersebut je, buat bulu roma naik mencanak tau, Bila part patung tu boleh hilang dari tempat asal tak sampai 1 minit pergerakkan. Part mandi yang tak boleh nak ikut tu, patung tu sendiri curi baju dan rantai Greta, eh! pandai pulak patung tu kan, teringat pulak pada si Chucky yang jahat tu hahahahah
  • Terkejut – Jangan di tanya, awalan cerita pun dah mula terkejut, macam-macam tau antaranya kasut hilang, part mimpi si Greta tu lagi buat i terkejut, sampai tekup muka banyak kali lah kan. 
  • Tanda Tanya – Sape Brahms tu sebenarnya? adakah dia adalah roh yang tak berapa nak tenteram lah katanya, atau pun kenapa Ramai pengasuh hilang begitu sahaja tanpa berita. 
Rating sesuai : 3/5 Bintang 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge